Saturday, July 28, 2018

Dugaan Dari Ar-Rahman..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Saudara ,Saudari , Encik , Cik ,Tuan , Puan .

Berkenaan kisah adik saya yang hilang 16 Julai yang lalu,saya ingin memaklumkan bahawa dia TIDAK duculik atau dilarikan oleh sesiapa.Adik saya mengalami masalah depression & anxiety dan saya telah menghantar dia untunk rundingan bersama pihak kaunseling.Jika dia tidak pulih atau tidak mampu melawan dia akan dihantar rujuk kepada Pakar Psikitari.buat masa ini dia mengalami tekanan untuk berhadapan dengan semua orang termasuk kenalan rapat.Malahan dengan keluarga sendiri juga dia menjauhkan diri berikutan rasa bersalah kerana bertindak seperti itu.
Seperti yang saya maklumkan di laman facebook peribadi saya,di sini saya dan keluarga  ingin memohon seribu kemaafan atas kekhilafan yang telah dilakukan oleh adik saya.Tentang sebab dan mengapa dia begitu saya tidak dapat menjelaskan buat masa ini kerana bimbang tentang keadaan adik saya.Kepada sahabat dan kawan kawan saya mahupun adik saya yang merasa tertipu dengan situasi ini saya tidak dapat menghalangi rasa . Hanya permohonan maaf dapat saya maklumkan buat masa ini.

Saya juga mendapat tahu tentang kejadian sebenar selepas pihak akhbar tempatan mengeluarkan berita tentang adik saya.Saya menerima segala nasihat yang baik daripada anda semua.Saya juga amat menghargai bantuan nitizen mencari adik saya.Sebagai seorang insan biasa saya juga rasa marah dan kecewa terhadap tindakan adik saya yang mementingkan diri sendiri.saya juga kesal mengapa tindakan sebegitu dia ambil.Tetapi melihat kepada keadaan diri dia ,saya yakin dan saya mengenali dia sebagai adik saya.Malahan ini adalah kali pertama kejadian seperti ini berlaku kepada diri dia.

Allah memilih keluarga saya untuk dugaan ini.org boleh ckp ‘elehh nk cover adik la tu,Padahal adik !@#$$%% ‘ atau ‘dah buat salah ikut hati,lepas tu ckp dugaan Allah’. Wallahi ,semoga Allah menunjukkan kebenaran suatu hari nanti.Benar mulut orang kita tak boleh nak tutup or tahan dari terus berkata-kata.Nasihat dari sahabat baik saya,Allah itu Ar-Rahman,tiada perkara atau dugaan yang diberikan sia sia melainkan ada hikmah.Tak semua orang nmpak ini sebagai dugaan.Siapa yang nmpak Alhamdulillah.Terima Kasih Ya Rabb kerna menunjukkan siapa mereka yang berada di sekeliling yang benar benar ikhlas berkawan atau berkawan kerana kepentingan.Sesungguhnya Engkau lagi Maha mengetahui.

Jikalau bukan saya sebagai kakak siapa lagi yang akan membantunya untuk pulih seperti sedia kala.Penerimaan orang lain terhadap kes ini berbeza , saya faham.Tetapi saya sebagai seorang kakak yang rapat dengan dia tak seharusnya saya meninggalkan dia.Kejadian ini buat saya dan keluarga lebih memberi perhatian kepada dia.Yang membenci dan tidak mahu memperdulikan adik saya lagi saya Cuma mengharapkan kemaafan diberikan kepada dia supaya dirinya lebih tenang.Jikalaupun tidak mahu ada kaitan lagi dengan dia ,tidak perlu memutuskan silaturrahim cukup hanya mendiamkan diri sahaja,saya terima.

Jika masih sudi mendoakan saya menerima dengan lapang dada.saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung mahupun dari segi moral support.Kepada yang masih kecewa dan marah , itu hak anda.Anda berhak menentukan baik dan buruk,mendekat atau menjauhi,mencemuh atau membantu.salam keamaafan dari saya sekeluarga.Saya doakan anda dan keluarga sentiasa berada di dalam rahmat dan keredhaan Allah S.W.T .