Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera,
Saudara ,Saudari , Encik , Cik
,Tuan , Puan .
Berkenaan kisah adik saya yang
hilang 16 Julai yang lalu,saya ingin memaklumkan bahawa dia TIDAK duculik atau
dilarikan oleh sesiapa.Adik saya mengalami masalah depression & anxiety dan
saya telah menghantar dia untunk rundingan bersama pihak kaunseling.Jika dia
tidak pulih atau tidak mampu melawan dia akan dihantar rujuk kepada Pakar
Psikitari.buat masa ini dia mengalami tekanan untuk berhadapan dengan semua
orang termasuk kenalan rapat.Malahan dengan keluarga sendiri juga dia
menjauhkan diri berikutan rasa bersalah kerana bertindak seperti itu.
Seperti yang saya maklumkan di
laman facebook peribadi saya,di sini saya dan keluarga ingin memohon seribu kemaafan atas kekhilafan
yang telah dilakukan oleh adik saya.Tentang sebab dan mengapa dia begitu saya
tidak dapat menjelaskan buat masa ini kerana bimbang tentang keadaan adik
saya.Kepada sahabat dan kawan kawan saya mahupun adik saya yang merasa tertipu
dengan situasi ini saya tidak dapat menghalangi rasa . Hanya permohonan maaf
dapat saya maklumkan buat masa ini.
Saya juga mendapat tahu tentang
kejadian sebenar selepas pihak akhbar tempatan mengeluarkan berita tentang adik
saya.Saya menerima segala nasihat yang baik daripada anda semua.Saya juga amat
menghargai bantuan nitizen mencari adik saya.Sebagai seorang insan biasa saya
juga rasa marah dan kecewa terhadap tindakan adik saya yang mementingkan diri
sendiri.saya juga kesal mengapa tindakan sebegitu dia ambil.Tetapi melihat kepada
keadaan diri dia ,saya yakin dan saya mengenali dia sebagai adik saya.Malahan
ini adalah kali pertama kejadian seperti ini berlaku kepada diri dia.
Allah memilih keluarga saya untuk
dugaan ini.org boleh ckp ‘elehh nk cover adik la tu,Padahal adik !@#$$%% ‘ atau
‘dah buat salah ikut hati,lepas tu ckp dugaan Allah’. Wallahi ,semoga Allah
menunjukkan kebenaran suatu hari nanti.Benar mulut orang kita tak boleh nak
tutup or tahan dari terus berkata-kata.Nasihat dari sahabat baik saya,Allah itu
Ar-Rahman,tiada perkara atau dugaan yang diberikan sia sia melainkan ada
hikmah.Tak semua orang nmpak ini sebagai dugaan.Siapa yang nmpak
Alhamdulillah.Terima Kasih Ya Rabb kerna menunjukkan siapa mereka yang berada
di sekeliling yang benar benar ikhlas berkawan atau berkawan kerana
kepentingan.Sesungguhnya Engkau lagi Maha mengetahui.
Jikalau bukan saya sebagai kakak
siapa lagi yang akan membantunya untuk pulih seperti sedia kala.Penerimaan
orang lain terhadap kes ini berbeza , saya faham.Tetapi saya sebagai seorang kakak
yang rapat dengan dia tak seharusnya saya meninggalkan dia.Kejadian ini buat
saya dan keluarga lebih memberi perhatian kepada dia.Yang membenci dan tidak
mahu memperdulikan adik saya lagi saya Cuma mengharapkan kemaafan diberikan
kepada dia supaya dirinya lebih tenang.Jikalaupun tidak mahu ada kaitan lagi
dengan dia ,tidak perlu memutuskan silaturrahim cukup hanya mendiamkan diri
sahaja,saya terima.
Jika masih sudi mendoakan saya
menerima dengan lapang dada.saya sangat berterima kasih kepada semua pihak yang
membantu secara langsung mahupun dari segi moral support.Kepada yang masih
kecewa dan marah , itu hak anda.Anda berhak menentukan baik dan buruk,mendekat
atau menjauhi,mencemuh atau membantu.salam keamaafan dari saya sekeluarga.Saya
doakan anda dan keluarga sentiasa berada di dalam rahmat dan keredhaan Allah
S.W.T .